dato' dr fadzilah kamsah once advised
aku perlu hati-hati dengan kejujuran sendiri
kerana secara tak sedar aku buat orang sakit hati dengan rasa jujur itu
itu nasihat dari yang pakar
yang aku ingati dengan amat jelas hingga saat ini
sebetulnya aku hanya gemar menyatakan apa yang benar
kalau tak sedap, aku terus kata tak sedap
juga kalau tak suka atau tak selesa aku akan pantas beritahu apa yang aku rasa
malah kalau tak betul aku akan bilang tak betul dengan jelas
siapa yang kenal aku, tahu luar dalam aku
akan tahu dan biasa dengan kelurusan bicara aku
kata mereka aku seorang lurus yang jujur dengan rasa sendiri
kerana aku seorang yang amat straight forward
aku tak suka hal yang berbengkang kengkok atau pusing sana sini
biasanya aku akan beritahu sekali
selebihnya kau nak terima atau tak adalah hak engkau
yang penting aku sudah nyatakan rasa benar itu
#letih la kalau nak layan kornar banyak sangat
kerana rasa jujur dan benar itu
aku selalu kecewa bila ada orang yang menipu aku
aku tak kuasa nak buat spotcheck sana sini
just untuk tahu kau cakap benar atau bohong
itu kerja orang yang tade kerja atau kurang kasih sayang
tapi aku ada intuisi yang selalu membawa aku kepada kebenaran
naluri aku kebiasaannya mengena
ala bangkai tikus lama mana sangat kau boleh tutup busuknya. kan?
bila aku tahu aku dibohongi hidup-hidup
ada dua perkara saja yang aku akan buat;
satu - aku diam dan layankan aje rentak dia sampai jatuh tersungkur
dua - aku buat gaya yang sangat sarkastik. memang kau mendapat la kan.
kerana bila aku sudah cakap yang jujurnya
pada aku hutang aku dah selesai
kau suka atau tak, itu kau punya pasal
tapi dato' dr fadzilah kamsah benar
jujur aku bukan saja ada baiknya
bahkan akan turut memberi impak kurang baik buat aku sendiri
misalnya bila bonda tanya pasal masakan
aku pantas saja bilang tak sedap kalau memang tak kena dengan selera aku
#okey, aku memang patut kena pang sekali
atau bila aku rasa ayahanda ambil langkah yang silap
aku akan pantas meragui keputusannya dan membantah
atau bila kawan baik buat silap
aku akan pantas menyatakan dia sudah buat satu kebodohan
itu memang aku. dari dulu sampai ke hari ini
sebab tu aku selalu kecewa yang amat bila ada orang tak jujur dengan aku
i can't tolerate any bullshit dengan alasan nak jaga hati
hello i'm not a kid anymore and i'm good at accepting fact tho it might hurt
aku boleh terima la kalau kau cakap depan muka aku
kau dah tak suka aku, kau dah tak nak kawan dengan aku, kau dah takmo jumpa aku
i am fine with it tho itu adalah sama nilai dengan memberi kesakitan pada aku
tapi apa aku kisah. menangis sekejap itu sudah kebiasaan aku
sehari dua lepas tu aku akan kembali senyum pada dunia
satu hilang satu kita dapat. itu kan resam hidup
tapi dah berkali aku bilang dan peringatkan
aku tetap juga selalu jumpa dengan mahkluk yang suka menipu
mungkin sebab tu Allah bagi aku tahap sabar yang tinggi. kot.
dunia ni dah sangat penuh dengan hipokrasi
so i don't need any one more penipu dalam hidup aku
dan kalau kau tak suka aku, kau boleh cakap dengan aku and get your ass off
jadi kau tak payah penat-penat nak pretend jaga hati aku ke hape
kau tahu apa yang paling menyakitkan hati?
it's when the people you trusted the most tell lies to you
p/s: jangan harap orang yang kita pernah sakitkan hatinya
akan datang semula pada kita dalam keadaan yang sama
#atuk; pelangi kasih, 2012
akan datang semula pada kita dalam keadaan yang sama
#atuk; pelangi kasih, 2012
0 love notes:
Post a Comment